KEPENTINGAN,
PONTENSI DAN CABARAN PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN DIMALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Pertanian
didefinisikan sebagai suatu aktiviti yang melibatkan penternakan, bercucuk
tanam, perikanan dan perhutanan. Ia merupakan kegiatan yang dijalankan dengan
tujuan untuk menghasilkan sumber tenaga, bahan mentah industri, sumber makanan
dan sebagainya. Aktiviti pertanian menghasilkan sumber makanan sayuran,
buah-buahan, hasilan ternakan dan banyak lagi. Ia juga menjadi penyumbang
kepada sumber tenaga seperti penghasilan kayu sebagai bahan bakar dan juga
sebagai bahan mentah industri contohnya pembuatan perabot, kertas dan banyak
lagi. Pertanian sebenarnya merangkumi pelbagai bidang dan teknik seperti
cara meluaskan tanah untuk digunakan bagi bercucuk tanam, membina terusan serta
saluran pengairan bagi mengalirkan air ke kawasan tanaman. Pada zaman sekarang,
pertanian boleh dikategorikan sebagai pertanian mapan seperti permakulturan dan
pertanian organik serta pertanian intensif iaitu pertanian perindustrian.
Perniagaan
pula bermaksud satu bentuk organisasi yang sah serta diiktiraf untuk
menyediakan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada pelanggan,
perniagaan lain atau entiti-entiti kerajaan.
Perniagaan
berasaskan pertanian bermaksud suatu proses perniagaan dimana urus niaganya
hanya melibatkan pertanian semata-mata. Proses ini terjadi apabila seorang
petani yang menjalankan aktiviti pertanian mempunyai lebihan hasil pertanian
bagi menyara keluarganya, maka petani berkenaan bertindak menjual hasil
pertaniannya kepada pemborong atau secara terus kepada pembeli. Maka, proses
penjualan hasil pertanian berkenaan disebut sebagai proses jual beli ataupun
perniagaan walaupun ianya secara kecil-kecilan. Dari penyebab berkenaan maka
wujudlah proses yang dinamakan perniagaan berasakan pertanian.
2.0 KEPENTINGAN BIDANG
PERTANIAN
Umum
mengetahui bahawa bidang pertanian di Malaysia merupakan bidang yang paling
ramai penglibatannya. Contoh yang dapat dilihat adalah di Cameron Highlands. Di
sana aktiviti yang paling mendapat perhatian adalah pertanian seperti pertanian
sayuran, buahan malahan teh juga turut ditanam di sana. Ini kerana cuaca dan
keadaan tanah di sana sangat sesuai untuk penanaman buahan atau sayuran di mana
benih buahan atau sayuran berkenaan diperoleh dari dalam negara mahupun luar
negara. Namun berbeza pula di lain-lain negeri dalam Malaysia. Pertanian
dianggap sebagai proses yang hanya boleh dilakukan bagi menampung perbelanjaan
diri dan keluarga serta hanya dianggap sebagai hobi sahaja.
Pertanian
sebenarnya mampu mendatangkan keuntungan jika ianya diusahakan secara serius.
Dari segi ekonomi negara, pertanian memainkan peranan yang penting. Antaranya
sebagai pengeluar bahan makanan, pengeluar bahan mentah, pendapatan eksport
negara serta mewujudkan peluang pekerjaan.
2.1
Pengeluar Bahan Makanan
Salah
satu kebaikan pertanian yang dijalankan di Malaysia adalah pertanian merupakan
sektor pengeluar bahan makanan yang utama. Ianya mampu memenuhi keperluan
bekalan bahan makanan dalam negara tanpa perlu mengimport bahan makanan dari
negara luar. Apabila bahan makanan tidak diimport dari negara luar, bermakna
kos important bahan makanan dapat dikurangkan dan kos berkenaan boleh digunakan
bagi memajukan negara.
2.2
Pengeluar Bahan Mentah
Selain
dari menjadi pengeluar bahan makanan yang utama, pertanian di Malaysia juga
merupakan pengeluar bahan mentah. Pertanian bukan hanya melibatkan proses
penanaman pokok renek bermula dari biji benih tetapi juga melibatkan proses
penanaman pokok yang melibatkan penuaian hasil sepanjang masa seperti pokok
getah, kelapa sawit, koko, kelapa dan sebagainya. Hasil tuaian dari pokok getah
boleh diproses dan dijadikan tayar kenderaan manakala minyak masak diperoleh
dari hasil pokok kelapa sawit. Produk coklat yang penduduk di Malaysia nikmati
sekarang ini diperoleh dari hasil tuaian pokok koko manakala hasil yang
diperoleh dari pokok kelapa pula adalah minyak dari buah kelapa, atap rumah dan
hasil pertukangan dari daun kelapa.
Bahan
mentah yang dihasilkan bukan sahaja digunakan untuk perindustrian dalam negara
tetapi juga dieksport ke luar negara. Ini mampu menjana pendapatan negara
dengan hasil eksport bahan mentah.
2.3
Pendapatan Eksport Negara
Apabila
terdapat lebihan bahan makanan dan bahan mentah yang dihasilkan, maka proses
eksport berlaku. Di sini dapat dilihat peningkatan pendapatan eksport negara
meningkat. Selain itu, ia juga menjadi penanda aras yang menunjukkan bahawa
Malaysia juga mampu menjadi sebuah negara pengeskport bahan makanan dan bahan
mentah ke luar negara.
2.4
Mewujudkan Peluang Pekerjaan
Pertanian
juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan. Apabila
sektor pertanian merupakan sektor pengeluar utama negara, pasti banyak
industri yang melibatkan pertanian memerlukan pekerja yang mahir.
2.5 Mampu Menjana Pendapatan Yang Besar
Bukan
itu sahaja, yang lebih penting lagi ialah sektor ini mampu menjana pendapatan
yang besar kepada negara dan petani. Seperti yang kita sedia maklum, iklim dan
tanih yang sesuai mampu memberikan pulangan yang lumayan. Hasil tani yang
dituai oleh petani kecil-kecilan dapatlah dijual kepada pemborong dengan harga
yang berpatutan untuk dijadikan penyambung rezeki. Bagi tanaman komersial pula,
negara akan menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui
pengeskportan tanaman seperti kelapa sawit dan lada hitam. Secara tidak
langsung, pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan, di samping
menimbangi imbangan pembayaran negara melalui hasil eskport yang semakin
bertambah. Ringkasnya, dengan adanya sinergi yang hebat, industri ini mampu
menjadi penyumbang terbesar seperti suatu ketika dahulu.
3.0 POTENSI
BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MEN- GUNTUNGKAN
Pertanian merupakan tunggak asas kepada kehidupan manusia
baik dari segi sumber makanan, kewangan mahupun ekonomi. Dengan adanya tanah
untuk diusahakan, kerajinan dan usaha si peladang mahupun penternak, itu saja
sudah cukup untuk memastikan bidang pertanian ini terus berkembang pesat.
Situasi yang membolehkan sesuatu aktiviti pertanian itu bertukar menjadi satu
perniagaan boleh terjadi apabila pengeluaran hasil pertanian pekebun atau
penternak tadi bukan sahaja telah melebihi keperluan sara hidup diri, malahan
telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya. Jadi, mereka boleh menjual
hasil tanaman dan ternakan mereka kepada orang ramai. Jika para peladang dan
penternak ini bijak menguruskan wang, mereka boleh menjana wang dengan lebih
banyak lagi dan sekali gus menaikkan lagi ekonomi Malaysia.
Bidang
pertanian berpotensi sebagai perniagaan yang menguntungkan dan merupakan
perkara yang menjadi asas pegangan petani atau sesiapa sahaja yang mengusahakan
bidang pertanian itu sendiri. Bidang pertanian dilihat berpotensi tinggi untuk
dibawa ke peringkat antarabangsa kerana hasil keluarannya mempunyai kualiti
yang tinggi dan setanding dengan negara-negara pertanian yang lain. Malaysia
juga mampu mengeksport hasil tanaman dalam kuantiti yang banyak kerana tanah di
Malaysia sangat subur, luas dan sesuai untuk bidang pertanian.
Selain
itu, bidang ini juga berpotensi mengeluarkan produk yang bermutu tinggi untuk
dipasarkan di pasaran tempatan dan anatarbangsa. Untuk memenuhi permintaan
pasaran, beberapa tindakan perlu dilakukan seperti pelabelan, penggredan dan
pembungkusan bagi menepati piawaian-piawaian antarabangsa. Jabatan Pertanian
sedang melaksanakan satu program iaitu Skim Akreditasi Ladang Malaysia (SALM)
bagi menjamin kualiti hasil pengeluaran lading dan pemprosesan. Bidang ini akan
dapat mengeluarkan produk yang bermutu tinggi jika program seperti ini dapat
dilaksanakan dengan baik. Aspek-aspek kualiti dan keselamatan juga berpotensi
membawa kepada keuntungan. Ia juga meberi jaminan pasaran tempatan dan luar
negara di samping memperolehi harga yang lebih tinggi. Daya saing dalam
pengeluaran akan dapat dipertingkatkan lagi jika semua pengusaha mengamalkan
amalan dan pendekatan ini. Program kualiti juga perlu dilaksanakan oleh jabatan
dan agensi yang telibat bagi memberi pemahaman kepada pengusaha. Hal ini dapat
membantu meningkatkan potensi dan mengekalkan kualiti pengeluran barangan atau
produk mereka.
Perubahan
yang baru dalam bidang pertanian adalah amat penting bagi meningkatkan potensi
bidang tersebut. Peranan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah amat
diperlukan bagi membangunkan bidang pertanian yang memerlukan tanah sama ada di
darat dan di laut. Bidang kuasa yang telibat adalah Kerajaan Negeri di mana
jika Jabatan Perikanan merancang untuk membangunkan Zon Industri Akuakultur
sudah tentulah kawasan atau tempat tersebut di bawah seliaan Kerajaan Negeri
yang terlibat. Kelancaran dan kejayaan projek ini amat bergantung kepada
kelulusan dan syarat yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.
Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan di
bawahnya perlu merancang dan melaksanakan program dan projek untuk meningkatkan
potensi bidang pertanian. Ia mampu membawa kepada pengeluaran makanan dan
memajukan kumpulan sasaran iaitu para petani dan pengusahanya. Oleh itu, pihak
kerajaan perlu meletakkan pegawai yang mencukupi bagi membolehkan program dan
projek pertanian dapat dijalankan dengan baik. Mereka perlu diletakkan di
setiap peringkat daerah dan negeri mengikut kesesuaian dan bilangan petani yang
ada. Hasil pertanian dapat dikekalkan dalam potensi yang baik jika ketua-ketua
jabatan mengagihkan tenaga kerja dengan baik.
4.0 CABARAN
DAN HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN
Halangan
atau cabaran bidang perniagaan berasaskan pertanian semakin mendapat perhatian
daripada pelbagai pihak dewasa ini. Pertanian kini tidak mendapat sumber
sekunder kepada pembangunan ekonomi negara lagi. Sektor ini giat dibangunkan, selaras
dengan pembangunan negara. Malangnya,terdapat halangan yang menyekat pembangunan
perniagaan berasaskan pertanian di negara kita. Kekurangan benih merupakan
antara halangan yang melanda bidang pertanian. Kebanyakan anak benih kini
diimport dari luar mahupun dalam negara. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan
kos pengeluaran akan meningkat.
Halangan
yang lain dalam perniagaan berasaskan pertanian ialah usia petani yang sudah
lanjut saban hari.Tenaga buruh dalam sektor pertanian rata-ratanya melebihi
usia 55 tahun mengikut statistik yang diambil oleh jawatankuasa
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Keadaan ini berpunca
daripada penghijrahan golongan belia yang ramai ke bandar-bandar besar atau di
ibu kota untuk mencari peluang pekerjaan. Masalah ini juga berpunca daripada
kurangnya minat sesetengah pihak terhadap sektor pertanian.Golongan belia
berpendapat, bahawa pekerjaan dalam sektor pertanian hanya layak dilakukan oleh
golongan yang sudah berusia ataupun sudah pencen.Bagi mereka,pertanian hanyalah
satu bidang yang dijalankan untuk mengisi masa lapang.Mereka lebih senang
menghabiskan masa dengan bekerja dalam sektor perkilangan, mahupun automotif
dan sebagainya. (Noor Zalika Bt Mahmad Zuki, 2013)
Faktor
bencana alam seperti banjir, kemarau dan tanah runtuh mempengaruhi jumlah
pengeluaran semasa dan lebih teruk lagi pengusaha terpaksa menanggung kerugian
yang besar akibat kemusnahan tanaman. Turut memetik kenyataan Pengarah
Pertanian Terengganu, Encik Yusof Maidin kepada akhbar Sinar Harian online pada
3 Februari 2013, bencana banjir di Terengganu memusnahkan tanaman seluas 688
hektar dengan kerugian lebih RM1.7 juta, membabitkan lebih 12,000 petani.
Tanaman paling banyak terjejas adalah padi meliputi kawasan seluas 275.5
hektar, diikuti tanaman kontan (149.82 hektar), sayur-sayuran (115.38 hektar)
dan pokok buah-buahan (103 hektar). Selain tanaman, banjir itu turut
memusnahkan peralatan dan mesin pemprosesan mengakibatkan kerugian RM42,000.00
kepada 10 pengusaha. Kekurangan modal juga merupakan cabaran dan halangan dalam
membentuk perniagaan yang berasaskan pertanian. Mereka yang tinggal di kawasan
kampung dan pedalaman sukar untuk mencari modal yang besar untuk membeli
peralatan dan teknologi yang lebih baik dan canggih. Jika mereka masih
menggunakan peralatan dan teknologi yang lama, mereka akan jauh ketinggalan di
belakang. Zaman sekarang merupakan zaman teknologi canggih di mana kebanyakan
kerja dilakukan oleh mesin. Mesin akan melakukan kerja dari awal hingga selesai
proses kerja tersebut. Sebagai contoh, mesin traktor digunakan untuk membajak
sawah. Modal atau kos yang diperlukan untuk membelinya agak besar dan tidak
semua petani mampu membelinya. Duit yang mereka perolehi terpaksa digunakan
untuk tujuan yang lebih penting.
Serangan
pelbagai penyakit juga menjadi masalah kronik atau halangan dalam bidang
pertanian.Sesetengah petani menghabiskan masa yang banyak untuk memerangi
serangan penyakit. Selain itu,kadar peningkatan kos pengeluaran sedikit
sebanyak memberikan impak kepada bidang pertanian. Hal ini termasuklah kos
pengangkutan,upah buruh,dan harga baja kimia.Kenaikan kos ini memberikan kesan
kepada para petani.Selain itu,harga yang tidak stabil dalam pasaran juga
merupakan masalah yang dihadapi oleh para petani.Jika dikaji secara mndalam,
antara faktor ketidakstabilan harga berlaku ialah inflasi, lambakan barangan
dalam pasaran,dan kemasukan barang eksport dalam kuantit yang banyak sehingga
tidak terkawal.
(Wan Nur Nazirah, 2012)
(Wan Nur Nazirah, 2012)
Saiz
permukaan tanah yang terlalu kecil turut menjadi halangan dan menjejaskan
perkembangan bidang pertanian. Hal ini demikian kerana tahap pengeluaran
berkurangan.Faktor iklim juga menjadi halangan kepada perkembangan bidang
pertanian.Tanaman yang tidak sesuai dengan iklim negara ini tidak dapat hidup
dengan subur. Sebagaiman yang kita ketahui,negara kita menerima iklim hujan dan
panas sepanjang tahun. Jika,mengalami musim panas seperti kemarau yang
mengambil masa dua hingga tiga bulan sudah cukup untuk memberi kesan yang
negatif hasil perniagaan berasaskan pertanian negara kita.
Sesungguhnya,pelbagai langkah yang efektif harus diambil untuk mengatasi masalah
yang dihadapi agar sektor pertanian dapat berkembang dengan pesat di negara
ini. (Nik Yahya Ab. Rahman, 2009)
5.0 SOKONGAN
DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN
Tumpuan
kerajaan kepada sektor pertanian bukanlah bersifat satu langkah ke belakang.
Usaha ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambah hasil pendapatan negara.
Sejajar dengan ikrar kerajaan untuk membantu sektor pertanian peruntukan sebanyak
RM5.8 bilion telah diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani. Selain itu, sebanyak RM30 juta telah disediakn oleh pihak kerajaan
Malaysia untuk pembangunan program pertanian yang juga melibatkan penggunaan
aplikasi yang berteknologi tinggi bagi penghasilan buah-buah dan sayur-sayuran,
pembekalan benih berkualiti, harga yang stabil dimana ia melalui jualan terus
dari ladang serta penambahbaikan institusi Latihan pertanian. Malah sebanyak
RM75 juta turut disediakan oleh phak kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran
produk samada makanan dan kesihatan. Bantuan utama kepada para petani pula
adalah tertumpu kepada pengurangan kos pengeluaran pula maka kerajaan
meneruskan pemberian subsidi dan insentif pertanian yang ada berjumlah RM2.4
bilion.
Kementerian
Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) melalui portal rasminya ada
menyatakan diantara pihak yang turut membantu mewakili pihak Kerajaan adalah
seperti pihak Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang
sentiasa menyokong proses untuk mentransformasi sektor pertanian secara lebih
terancang, bersepadu dan menyeluruh berteraskan pengemblengan pemikiran dan
juga tenaga organisasi bagi mencapai matlamatnya. Sektor pertanian yang
merupakan salah satu penyumbang didalam ekonomi Malaysia melalui perniagaan,
antara bentuk bantuan yang diberikan ialah dari segi pendidikan seperti Program
Latihan Kemahiran Pertanian Malaysia yang tujuan untuk menggalakkan generasi
muda melibatkan diri dan bergiat aktif dalam bidang pertanian dan menjadikan ia
sebagai pekerja yang mahir serta pengusaha bagi sektor pertanian yang bertaraf
komersil dan berskala besar melalui teknologi yang terkini. Disamping itu,
bantuan juga turut diberikan turut kepada pemberian subsidi pada sektor padi
khusus kepada harga padi, baja padi, harga beras, benih padi serta beberapa
insentif lain seperti peningkatan hasil padi, pengeluaran padi. Pemberian
bantuan dari kerajaan adalah bagi memastikan ianya dapat meringankan beban
pengusaha terutama pada sektor pertanian.
Lembaga
Pertubuhan Peladang juga memainkan peranan yang sama penting bagi
membantu mempertingkatkan ekonomi dan sosial masyarakat tani dibawah satu badan
berperanan khusus. Objektif penubuhan PP adalah untuk meningkatkan taraf
ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan
pendapatan dan membaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan masyarakat
peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersepadu. Di antara peranannya
adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran peladang menerusi penyediaan
perkhidmatan, meningkatkan pertumbuhan sector pertanian yang pesat menerusi
usaha penyusunan semula pertanian. Di samping itu, Lembaga Pertubuhan Peladang
berperanan untuk meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan pelaburan dalam
bidang pertanian,meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti penghidupan
peladang dan mengimbangi pembangunan perusahaan asas tani di kawasan luar
bandar.
Perniagaan
di Malaysia. Perniagaan kecil di Malaysia telah meningkatkan jumlah peluang
pekerjaan dan pembangunan usahawan. Di sini, jelas bahawa perniagaan bersaiz
kecil dan sederhana amat penting dalam menyumbang terhadap pembangunan negara.
Aliran pertumbuhan ekonomi di Malaysia telah menggalakkan pembangunan industri
kecil dan sederhana (IKS), walau bagaimanapun wujud ketidakseimbangan dalam
pegangan ekonomi antara kaum di Malaysia. Penduduk bukan Bumiputera telah
menguasai sektor ekonomi, dan matlamat Dasar Ekonomi Baru gagal dicapai
sepenuhnya. Walau bagaimanapun, hasil usaha kerajaan bersama dengan agensi sokongan
kerajaan, pengagihan pendapatan keseluruhan di kalangan isi rumah di Malaysia
telah bertambah baik dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-11. (Noor Azilawati
Mohd Sabda, 2009)
Pihak
kerajaan juga telah melakukan berbagai usaha ke arah memupuk dan mengembangkan
asas keusahawanan di kalangan bumiputera bagi melahirkan usahawan yang berdaya
maju dan berdaya tahan. Antaranya melalui penglibatan mereka secara langsung
dan aktif dalam dunia perniagaan berasakan pertanian. Pelbagai agensi telah
disediakan untuk membantu usahawan Bumiputera. Banyak tabung yang bertujuan khusus
untuk membangunkan usahawan bumiputera telah ditubuhkan. Antaranya ialah Tabung
Usahawan Baru, Tabung Industri Bumiputera, dan Tabung Usahawan Kecil yang
semuanya bertujuan membantu usahawan kecil dan sederhana.
Salah
satu kementrian yang berfungsi untuk membangunkan usahawan Bumiputera dalam
sektor pertanian ialah Kementrian Pembangunan Usahawan. Kementerian ini bukan
sahaja ingin membangunkan usahawan bumiputera tetapi ingin melahirkan usahawan
yang berkualiti, berpotensi serta berupaya membentuk masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian (MPP) seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. (Nurul ‘Ula
Noor’Aaisa, 2011)
Dipetik
dari portal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), badan ini juga
turut membantu dan ia merupakan sebuah agensi pemasaran dibawah Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani, FAMA berperanan besar didalam pemasaran
produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan produk-produk Industri
asas taniyang lain. Selain itu juga, FAMA juga bertanggungjawab didalam
pemasaran hasil produk dan meningkatkan pendapatan pengeluar serta memastikan
produk pertanian industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga
mampu dibayar pengguna.
FAMA
juga mempunyai satu pelan strategik jangka panjang bagi meningkatkan dan
meluaskan pasaran produk pertanian serta memacu transformasi pemasaran iaitu:
- Peningkatan bekalan hasil pertanian
- Peningkatan akses pasaran
- Peningkatan bilangan usahawan tani
agromakanan
- Penjanaan pendapatan kumpulan sasar bagi
kalangan petani dan juga usahawan petani
- Peningkatan kecekapan khidmat pemasaran
KESIMPULAN
Kesimpulanya, negara seperti Amerika Syarikat,
Australia dan beberapa negara maju lain, golongan petani dipandang tinggi
kerana mereka tergolong dalam golongan mereka yang kaya raya. Situasi ini
mungkin boleh berlaku di negara kita. Negara kita Malaysia mempunyai tanah yang
subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh
memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan,
bermakna kita telah mensia-siakan anugerah sumber perniagaan yang ada.
Melalui strategi-strategi yang telah disusun oleh
kerajaan demi untuk membantu masyarakat tani di Malaysia, ‘Pertanian adalah
perniagaan’ sudah pasti akan dapat dilaksanakan sekiranya kita sama-sama
mencari jalan untuk memperhebatkan bidang pertanian dengan cara menjadikannya
sebagai salah satu sumber pendapatan kita. Marilah mula berbudi kepada tanah!
Nahtijahnya, perniagaan
berasaskan pertanian ini perlu mengalami revolusi supaya sektor pertanian ini
berprestij kepada generasi muda. Pembangunan sektor dapat mengurangkan
import makanan dari luar negeri dan dapat mengelakkan penduduk kampung
berhijrah ke bandar. Tampaknya, perkembangan pertanian mengundang seribu satu
kebaikan kepada negara kita. Masyarakat kita juga perlu menyedari sumbangan,
jasa dan pengorbanan kaum petani kita. Sebaliknya kaum petani kita perlu
mengalami transformasi untuk menjanakan 1 Malaysia.